Klik Klik..

Showing posts with label trip langkawi. Show all posts
Showing posts with label trip langkawi. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Trip Langkawi: [11] Taman Lagenda (Day 2)


Entri sebelumnya: Laman Padi Langkawi

Sambungan dari entri sebelum ni.. penat berkejar-kejaran kat sawah padi.. kami pon bergerak menghala ke pekan Kuah.. perjalanan ambil masa 20-30 minit juga dari Chenang.. target utamanya nak kelebek pinggan kat HIG tapi sebelum tu singgah melawat tapak jap kat Taman Lagenda & Dataran Lang.. Taman Lagenda ni memang aku tak pernah pergi.. ramai cakap lawa tempatnya.. port orang Langkawi dok berjoging.. smart jugak la tempatnya.. :)

banyak pokok tiruan warna-warni.. kalau malam mesti cantik ni..
incik asben macam biasa bz mengasah skill fotografinya.. :P
ini sangat smart.. peta Langkawi gergasi ditampal dekat batu gergasi.. :P
Hazmi pelik awat ayah dia tangkap gambar lubang hidung dia..hahaha..
marilah kita posing beramai-ramai.. :D
kami cuba memposingkan diri sambil selindung2 bagi nampak kepala je.. Hazmi sedikit salah konsep di situ..kekeke..
cubaan Kashaf lebih tersasar... ibu suruh keluarkan kepala dia pi sondol kepala kat batu tuh..hahahaha.. (^_^)v lawak..
posing sakit gigi namanya.. :D

tapi sayang sketla sebab time ni nak dekat kol 7pm dah.. taman dia takleh masuk sebab tutup kol 7pm.. mesti lagik lawa environment dalam taman tu..tengokla gambar kat bawah tu..pokok-pokok dia rendang  tersusun lurus je..jadinya kami berlegar-legar kat luar dataran taman tuh je.. (T_T)


posing kat laluan taman ni pon jadilaa.. :P pakcik kat belakang tu baru balik dari joging..hehehe..
hahahaha.. Hazmi memang cemerlang bab imitate pose neh.. :P ..Kashaf kat belakang kekonfiusan..
penat weh jom duduk sat..
memaksa diri untuk senyum.. lol! :P
Kashaf dah hampir kehabisan bateri time ni.. sakan dok berlari kat sawah sebelum tu.. huhuhu..
dah nak senja..marilah kita beransur..
bye-bye Taman Lagenda.. peace from Hazmi.. ;)

bersambung ke episod seterusnya.. :P

Friday, April 12, 2013

Trip Langkawi: [10] Laman Padi (Day 2)

Entri sebelumnya: Tasik Dayang Bunting, Pulau Langkawi

Salam.. bz ngan tesis akhir2 ni so takde masa nak menconteng blog sangat..inipon kus semangat ada masa renggang sket dah submit draft tesis nak bagi SV check..so kita rilek2 aje dulu.. hahaha.. nak menyambung kisah cuti-cuti langkawi tak abes lagik :P.. last story-mory pasal Tasik Dayang Bunting.. huhuh.. So al-kisahnya.. dah balik dari ber'island hoping' setengah hari suntuk, kitorang pon balik ke hotel berehat + lunch + solat jamak segala.. tak rehat lama sangat sebab program petang tu melawat Laman Padi lak.. yeah... kat sinila kitorang giler2 snap gambar bagai..haha..maklumlah orang KL jarang2 jumpa environment kampung.. nampak laman padi nan menghijau sudah tentulah kejakunan sikit.. :P meh layan gambar... sangat best Laman Padi wajib singgah kalo pi Langkawi..

baru sampai kat Laman Padi.. time ni dah kol 4.30ptg.. huhu best sebab kitorang je yang datang kat sini xde orang lain pong.. :P
lepak dulu dekat pondok mini sementara tunggu ayah gi toilet..

agak luas jugala kawasannya siap ada mini muzium kalo tak silap.. tapi kitorang tak dapat masuk sebab waktu operasi tutup kol 5pm.. kalau tak silap nak masuk muzium tu kena bayar kot..kalau tak silap la.. cuma kalo nak jenjalan kat tempat Laman Padi ni takyah bayar pon.. nak lepak sampai senja pong takpe..ewahh.. :P

bangunan putih tu yang aku cakap ala2 mini muzium..leh dapat info pasal laman padi.
cantik je kawasan dia kat luar ni..asben dok try alatan orang dulu2 nak asingkan beras dari padi..huhuh..betolkah ayatku ini..
posing satu family tapi gelap sket sebab mengadap matahari.. ;P
pantang nampak kawasan luas.. berlari-larianlah si Kashaf ni.. huk3..
"are you ready to see Paddy??" kekeke.. jom ikut saya.. :P
si Kashaf ni nampak jambatan..berlari lagik..penat mengejar.. :P
taraaa.... inilah yang kami cari... (^_^)v cantik cantik cantik mak sukaaa sangat..
dan mereka pon bertempiaran di atas muka bumi ini..huhuh.. best weh sebab kitorang je ada kat situ..rasa cam lawatan VIP..privacy..hahaha..
owh.. (T_T) bestnya pemandangan ini.. terasa di kampung halaman..ewah, kampung halaman pon xde laman padi weh..
Kashaf cuba mengenalpasti objek di hadapannya..huhu..
siap ada pondok lagi untuk pesawah berehat..pokok kelapa itu adalah satu kemestian okeh.. best sangat..ekekeke..
rehat jap..penat main kejar2.. :D
ni lak kawasan padi yang dah nak menguning tapi belum masak betul lagi..
yang bestnya Laman Padi ni dia ada la beberapa petak sawah..aku lupa nak kira.. tapi setiap petak tu berbeza-beza tumbesaran padinya.. ada yang baru ditanam..ada yang tgh hijau..ada yang dah kuning.. aku rasa sebab diorang nak tunjukkan perbezaan dekat pelancong2 yang datang la.. untuk sesapa yang tak pernah tengok pokok padi secara live tapi reti makan nasik je..hahaha..inilah tempat yang sesuai untuk dikunjungi.. :P

nampak tak muka kepuasan si Kashaf ni?? hahaa.. lari lah nak..lari sampai penat. :P
inilah pokok padi ye kengkawan.. tema posing saya -_-
posing.. posing..
mak sibuk posing..anak sibuk nak berlari wahaha..
yeaa ini gambar favourite.. (^_^)
sempat lagi asben snap burung ni nak menjejak ke tanah..hehe..
ok dah-dahla posing tu Sato.. kekeke.. :P 
amboi serius pulak si Jemi neh.. nak ke mana pulak tuh..
owh nak pergi dekat adik dia yang sebok main tali.. -_-
priceless.. :)
excitednya dia.. huhuhu..
Kashaf pulak nak berlari-larian ala model.. :P
amboi Kashaf tu curik spot utama.. kekeke..
hahaha kesian tengok gambar ni..penat kami posing kat belakang tapi blur sebab fokus kat depan jek.. (T_T)
akhirnya..berjaya juga difokus ewah-ewah..
bergambar ngan orang-orang pulak.. :)
ok dah la tu..penat berposing.. masa untuk pulang..hehehe..
rehat kat tangga hilangkan penat..
marilah kita pulang Hazmi n Kashaf.. :P
dah nak balik.. Laman Padi sangat best..silalah melawat ke sini untuk aktiviti photoshoot :P..

Info
* Dibuka setiap hari mulai jam 10 pagi hingga 6 petang
* Siap dibina dan mula beroperasi pada 1998.
* Berkeluasan 14.28 ekar dengan merangkumi kawasan pertanian seluas 8.6 ekar.

Alamat
Laman Padi Langkawi
Pantai Chenang. Mukim Kedawang 07000,
Langkawi Kedah Darul Aman

Tel: 04-9554312
Faks: 04-9551819

E-mel: webmaster@lada.gov.my
Laman Web: www.langkawigeopark.com.my

*info digoogle dari http://www.travelific.my

Ke mana pulak lepas ni.. tunggu.. :P


Entri seterusnya: Taman Lagenda Langkawi
Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...