Klik Klik..

Showing posts with label soalan dan jawapan treasure hunt. Show all posts
Showing posts with label soalan dan jawapan treasure hunt. Show all posts

Tuesday, January 29, 2013

Soalan Treasure Hunt JPA 2013 - Part 2


Sambungan kisah treasure hunt lagi.. :P ni antara soalan car treasure hunt yang kitorang dapat.. Mari kita buat post mortem soalan..perlu diingat jawapan yang kita nak tulis kena make sure eja betul2 dan follow huruf besar ke kecik ikut signboard yang kita jumpa tu..huhuhu.. Soalan 6-10 ni consider cam kategori soalan senang la.. :P (ewah, bajet otai)..

Soalan 6-10 ni kat area Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.. :P dekat sangat ngan area rumah ni.. 

Q06: A man with magic carpet doing IT business here.

ANALISIS SOALAN: 
A man with magic carpet = Aladin. 
IT Business > maknanya ada kaitan ngan perniagaan IT.. 

JAWAPAN: Aladdin Cyber

Jawapan Treasure Hunt: Aladdin Cyber

-----
Q07: Min berada di luar Universiti Kebangsaan Malaysia.


ANALISIS SOALAN: 
Min berada di luar > MIN. 
Universiti Kebangsaan Malaysia, kalau short form > UKM.
So, ambil perkataan MIN + UKM > buat anagram > MUKMIN.

JAWAPAN: CAWANGAN PEMBEKAL MUKMIN

Jawapan Treasure Hunt: Cawangan Pembekal MUKMIN

-----
Q08: Bunyi macam orang Penang panggil kemari di bulan ini.


ANALISIS SOALAN: 
Bunyi > klu soalan. maksudnya cara sebutan sesuatu perkataan. 
Bunyi orang Penang panggil kemari > MAI.
bulan ini > masa buat treasure hunt ni bulan JANUARI > JAN.
So, ambil perkataan MAI + JAN = MAIJAN = MY JAN.

JAWAPAN: KEDAI PAKAIAN FESYEN MY JAN

Jawapan Treasure Hunt: Kedai Pakaian Fesyen MY JAN

-----
Q09: Kehadiran Hana boleh membentuk Cekap Amanah.


ANALISIS SOALAN: 
Kehadiran Hana > HANA 
boleh membentuk Cekap Amanah> bila ada HANA baru boleh jadi CEKAP AMANAH.
So, kita keluarkan perkataan HANA dari CEKAP AMANAH > CEKAP AM.
Buatlah anagram CEKAPAM > CEMPAKA.

JAWAPAN: FOODCOURT CEMPAKA, PKNS BANGI.
(Lupa nak snap gambar time ni..)


-----

Q10: Kalau dari belakang, memang iras Mala.

ANALISIS SOALAN: 
dari belakang > klu soalan, kena baca perkataan dari belakang.
iras Mala, jika diterbalikkan > ALAM SARI.

JAWAPAN: Galeri Hartanah Alam Sari.


Jawapan Treasure Hunt: Galeri Hartanah Alam Sari

Dah habis 6-10 soalan tu.. kitorang bergegas la naik kereta balik ke zon seterusnya.. sepatutnya tengok dari dalam kereta pon takpe signboard2 tu..tapi tak puas hati nak telek2 so better keluar dari kereta carik2 jawapan..huhu.. Soalan Q11-13 ni consider separa senang.kena belek 2,3 kali baru leh dpt jawapan..huk3.. :P

Q11 - Q13, still kat Seksyen 8 Bangi..

Q11: What Makes BETTER.

ANALISIS SOALAN: 
kena cari perkataan BETTER tuh... terjumpala ayat "BIGGER Makes BETTER".
Jadi kena letak la jawapan tersebut > BIGGER. cara tulis jawapan kena betul kalo salah sikit kena tolak markah.. kena letak perkataan @ signboard yang dijumpai baru dapat full marks.

JAWAPAN: BIGGER Makes BETTER @ Brothers Home Appliances Sdn. Bhd.


Jawapan Treasure Hunt: BIGGER Makes BETTER @ Brothers Home Appliances Sdn. Bhd.

-----

Q12: KEINDERAAN.

ANALISIS SOALAN: 
Yang ni cam tricky sket sebab dia bagi perkataan seketul tu jer..so kena pandai2 belek2 kat kamus/thesaurus nak cari perkataan seerti. Bila semak kat kamus:
KEINDERAAN = KAYANGAN. bila dah dapat jawapan jadi senang la.. :P

JAWAPAN: BUTIK Kayangan.


Jawapan Treasure Hunt: BUTIK Kayangan

-----
Q13: Mungkin dia akan menyanyi sebentar lagi.

ANALISIS SOALAN: 
Yang ni pon cam tricky sikit sebab soalan dalam bahasa Melayu.. tapi kalau tak jumpa jawapan dalam bahasa Melayu mungkin kita kena translate ayat2 tuh..huhuh..
menyanyi > translate jadi "sing".
menyanyi sebentar lagi > Soon Sing.

JAWAPAN: Soon Sing Auto Supply.

Jawapan Treasure Hunt: Soon Sing Auto Supply
Habisla soalan kat area Seksyen 8 Bangi.. Nanti bersambung lak soalan2 lain.. :P penat pulak nak menghabiskan post mortem soalan ni..huhuhuh.. 


ENTRI-ENTRI BERKAITAN TREASURE HUNT:






Friday, January 25, 2013

Soalan Treasure Hunt JPA 2013 - Part 1


Ni sambungan dari kisah aku join Treasure Hunt JPA 2013 hari tu.. jom kita tengok soalan-soalan treasure hunt yang kitorang dapat hari tu.. sebelum tu organizer ada bagi tips2 cara nak tackle soalan car treasure hunt ni.. Biasanya jawapan2 ni ada kat signboard / papan tanda kedai deret2 kat tepi jalan.. kena pandai2 la nak kaji camne..huhuh.. 

antara jenis klu soalan: ANAGRAM, DEFINISI, SAMA BUNYI
antara jenis klu soalan: AWALAN, DARI BELAKANG, TERKANDUNG, PENGETAHUAN AM

Ok... setelah kita tengok jenis2 klu soalan tadi.. meh tengok soalan-soalan treasure hunt lak..huhuh.. yang tiga kat bawah ni soalan untuk harta karun.. peserta kena selesaikan soalan pastu cari barang yang dikehendaki sesuai dengan kehendak soalan tu.. masa Treasure Hunt JPA neh kitorang cam ralat sketla sebab point kitorang banyak hilang kat soalan harta karun ni...padahal dah adapat awal sehari kot 2 soalan.. :( rugi besar... markah banyak tu kat sini..huhuh..

soalan harta karun..jeng jeng jeng..apakah dia..

Soalan Pertama:
Harta Ini Untuk Didermakan.
Harap Anda Semua Tidak Merasa Keberatan.
Satu Pek Beras 5kg Itu Lah Yang Saya Mahukan.
Siri Kisah Lagenda Kini Diberi Sebagai Panduan.
Bawakan Jenama Yang Betul Atau Hanya 3 Markah Kami Berikan.

ANALISIS SOALAN: Ok kat sini kita dah tahu harta karun tu BERAS 5KG. Pastu ada hint SIRI KISAH LAGENDA.

KALAU KORANG TEKA: Beras TUAH, Beras LAGENDA, Beras MAHSURI ... TETTTTT.. korang cuma dapat 3 markah je ok.. huhuhu.. kitorang time ni bagi BERAS MAHSURI.. :( tak tepat..

JAWAPAN SEBENAR: Beras SAGA.
ALASAN: Siri Kisah Lagenda --> kalau movie omputih tu cam siri movie TWILIGHT la.. TWILIGHT SAGA..  so jawapannya SAGA.. huhuhuh.. (T_T) soklan ni takde 1 group pon yang betul kalau tak silap..

Beras Saga 5kg inilah jawapannya.. :P


Soalan Kedua:
LAGU PECAH
1000 TERBALIK RASA
KKG

KITORANG JAWAB: GULA KASAR 1KG ... tau tak jawapan kitorang hampir tepat sebenarnya tapi sebab salah bilangan KG jadi jawapan tak diterima... (T_T) ..huwaaaaa.. tak dapat markah kat sini..

JAWAPAN SEBENAR: GULA KASAR 2KG.

ANALISIS SOALAN: Perkataan PECAH dan TERBALIK tu kiranya hint untuk jenis klu soalan.. so kena terbalik2kan huruf.. 

LAGU -> GULA
1000 = Kilo = K, jadinya K + RASA = KRASA -> KASAR
KKG --> K = 1000, jadinya KKG = 1000 + 1000 + Gram = 2KG -> :( kitorang tersilap kat sini..huhuh..

kena bagi gula kasar ni 2KG... (T_T)

Soalan Ketiga:


yang ni dapat masa hari kejadian...soalan ni senangla jadi semua pon leh jawab.. soklan ni jela yang kitorang dapat markah penuh untuk harta karun..huhuh..sedey...

KITORANG JAWAB: Sabun Protex.
(Sebenarnya lain2 jenama pon takpe asalkan bawak yang beli 3 percuma 1.. so dapatlah markah penuh.. ada yang bagi sabun DETTOL.. )

mesti lah sabun anti bacterial dan beli 3 percuma 1..huhuh..

Habis soalan harta karun... nanti bersambung part soalan car treasure hunt lak.. :P
Jha Neh..


ENTRI-ENTRI BERKAITAN TREASURE HUNT:





Saturday, January 12, 2013

JPA Car Treasure Hunt 2013


Salam..

Sangatlah letih hari ni... tapi nak share jugak keseronokan aktiviti yang aku join pagi tadi.. :D .. sangatla hepi bila last week kak As call tanya nak join treasure hunt under JPA ke tak.. huh, kalau ikutkan memang dah lama giler kot stop main treasure hunt.. last main pon masa tu rasanya belom kawen lagi.. asalnya game ni patot untuk staff2 JPA je.. tapi since dah open untuk orang luar skali.. so tu yang aku ngan arop (asben kak as) pon dapat join sama..huhuh.. actually ai masih staff JPA tau.. :P cuma tgh cuti belajar jek..huhu..

Car treasure hunt ni sangat2 best.. ala2 amazing race tapi challenge lebih kepada berbentuk minda..ada la task challenge gak tapi takla terlampau mencabar cam amazing race.. :D so group kami terdiri daripada 4 orang.. hasimi (driver), kak as (navigator), aku n arop lebih kepada fokus untuk pre-crack soklan2 treasure hunt.. sempatla snap gambar sket2 tapi gambar kitorang banyak dalam kamera kak as..huhuh.. layan je la mana yang ada..

Sebelum hari kejadian pagi tadi actually akan ada sesi taklimat dulu.. Akulah jadi wakil team sebab dah dkt ngan JPA..huhuh.. so, pergila dengar taklimat masa hari Khamis lepas.. biasala time ni organizer akan bg briefing pasal keselamatan jalanraya sket..pastu tips2 menjawab soalan, pastu pembahagian nombor team..

Sesi taklimat JPA Car Treasure Hunt 2013
sesi registration team + pilih saiz baju.. 
baju sponsor 1m4u (1 Malaysia For Youth).. :P

So, Car Treasure Hunt ni telah pon berjaya dijalankan pagi tadi.. :) Alhamdulillah consider berjalan lancar ..huhuh.. pukul 7.30am dah kena berkumpul kat lobby Blok C1, JPA.. Dah siap dapat beg goodies + breakfast sumer, kami pon dapat taklimat ringkas sket and then terus flag off la.. masa diorang bagi sampai kol 1.30ptg paling maksimum kena hantar jawapan..

peserta masing2 tekun dengar briefing car treasure hunt..

Terbaik gak organizer neh.. pagi2 dah perah otak kitorang kan.. biasanya mana2 car treasure hunt diorang akan bagi set soalan n kertas tulip (panduan jalan treasure hunt) siap.. tapi this time diorang bagi klu suruh kitorang crack kat mana nak amek set soalan neh sumer.. damsh.. macam tumpul lak otak aku nak memahamkan soalan mula2..huhu..seb baik Arop pikap sket..akhirnya kami berjaya crack jawapan ni tanpa amek klu dr organizer..kalo amek klu kena tolak markah wooo.. Paling best masa umum result tu dia kata dari 20 kereta yang masuk, 1 pon tak amek klu... hahahaa... terer jugak kami semua kan..:P

soklan asah otak pagi2.. :P

Klu dia bagi:

MAMAK
NOKIA 3310

pastu ada nombor:

73786726
428452   6258

Aku rasa team kitorang amek masa 5-10 min gak la.. huhuh..thanks to Arop..
cara nak solve soklan ni camni: 

MAMAK - menunjukkan restoran mamak
NOKIA 3310 - kena crack jawapan guna keypad henpon cam 3310.. (tapi smartphone pon ada sebenarnya.. nombor2 kat bawah ni refer pada abjad kat keypad henpon tuh la:

7(R) 3(E) 7(S) 8(T) 6(O) 7(R) 2(A) 6(N)
4(H) 2(A) 8(T) 4(I) 5(J) 2(A)   6(M) 2(A) 5(J) 8(U)

so dapatla: Restoran Hatija Maju.. google address dapatla alamat nya untuk dituju.. :D

best tak best tak..huhuhu..

dah sampai kat Restoran Hatija Maju, Jalan Diplomatik 3, Putrajaya

Sampai2 dah kena start Task Challenge 1:
"Pilih seorang ahli kumpulan dan kena makan makanan yang disediakan sampai habis untuk dapat set soalan seterusnya." 

Amek ko kena pulun 3 keping roti canai + 1 gelas teh tarik.. huhuhu.. seb baik Arop offer diri.. so takde masalah la untuk team kami.. tapi kesian sebab dia kata roti canai tu dah sejuk.. susah sket nak telan..huhuhu..

Telan jangan tak telan.. :D
Soklan2 treasure hunt ni terbahagi pada 4 jenis soalan:

1) Walk Hunt & Car Hunt = 25 soalan (75 markah)
2) Cabaran Tugasan = 3 soalan (15 markah)
3) Cabaran Harta Karun = 3 soalan (15 markah)
4) Soalan umum pasal JPA = 10 soalan (10 markah)

kalau rajin nanti aku ulas detail soklan2 ni satu persatu..huhuh.. (kalau rajin).. :P

time ni kitorang dapat cabaran tugasan anyam ketupat... hahaha haram sorang tak reti..terpaksa mintak tolong akak kedai ni anyamkan.. :P
Dipendekkan cerita, kami berjaya selesaikan semua soalan dalam pukul 11.30am.. dah siap beli barang treasure semua.. tu beras tu salah satu harta karun la..huhuh..semua barang2 ni diorang akan dermakan pada badan kebajikan.. oklah tu bertreasure hunt sambil beramal..

bergambar satu group sebelum submit jawapan kat final checkpoint.. :D Group 12 okeh.. sesuai la dengan date 12 Januari 2013.. 
antara hadiah-hadiah untuk JPA Car Tresure Hunt 2013.. :P top 3 dapat cash tu..sob sob.. team yg dapat 4-13 dapat hamper.. pastu kat depan2 tu hadiah lucky draw..huhu..
time ni organizer tengah umumkan jawapan2 sebenar soklan..
pergh kak as bertuah kali ni dapat lucky draw SHAVER.. ekekek.. 
Taraaa.... keputusannya kami dapat no.5 je.. sob sob.. walaupon sebenarnya kami target dapat top 3 jugak la.. takpela, rezeki banyak tu je..huhu..

Actually aku macam musykil sket sebab bila aku kira2 markah..macam kitorang dapat 104 total markah.. team yang dapat Johan tu markah diorang 103.. tapi tatau kenapa masa announce diorang kata markah kitorang 96 je.. sebab kitorang memang score part walk/car hunt..yang kantoi adala kat part cabaran tugasan n harta karun tu... tapi cam seganla pulak nak argue kan kot2 diorang salah kira ke hapa.. ralat pulak aku tak gi tanya..huhuh.. takpelah.. anggapla takde rezeki..sebab kitorang pon ada wat silly mistake gak..banyak buang markah kat part soklan treasure.. mungkin jugak aku yang salah kira ke.. (tapi tetap rasa musykil) :P agagaga....takpelah, lesson learned untuk next time kalo join treasure hunt lagi..huhuh..

Anyway, sangat seronok.. dah rasa balik ketagihan join treasure hunt.. best wehhh.. sangat menguji minda.. nanti aku post pasal soklan2 treasure hunt and macam mana jawapan dia.. ;)

Owh ya.. terima kasih kepada encik suami kerana tolong jagakan anak sepanjang kami bertreasure hunt.. hehehe.. weekend takde orang nak jaga anak, kalo tak leh dia join sama..

Till then.. happy weekend everibodehhhh.. 
Older Posts Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...