Klik Klik..

Monday, January 05, 2009

05.01.09

~ Ahlan Wasahlan 2009 ~





"Impian menggapai bintang bermula dari berimaginasi,
pun begitu..
tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna.."





Alhamdulillah.. kita semua masih bernafas sempurna lagi menyambut ketibaan Tahun Baru 2009.. Harapnya masih tak terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru kat rakan-rakan semua.. Setiap kali tahun baru, macam-macamlah azam baru yang akan masing-masing sematkan dalam diri.. samalah jugak dengan saya pon.. walaupon rasanya taon lepas saya tak tetapkan apa2 azam kot.. tapi tahun ni perlu buat wishlist jugak lah. at least kita ada matlamat dalam teruskan hidup.. taklah kosong je.. apa nak jadi pon jadilah ye.. :)


Impian saya sangat banyak tahun ini.. tapi ada seorang rakan berkata, tak salah untuk kita buat impian yang banyak-banyak.. sekurang-kurangya, bermimpi itu satu langkah permulaan untuk kita lakukan tindakan supaya jadi kenyataan..



1. Capaikan impian ABAH dan MA


Abah.. tahun ni, Suzie akan usaha sedaya yang termampu untuk bantu Abah dan Ma siapkan rumah.. Kalau sebelum-sebelum ni Suzie setakat bagi duit belanja, insyaAllah Suzie akan pastikan yang Suzie dapat bagi duit lebih untuk tolong abah buat rumah kat kampung.. Kalau sebelum ni Suzie dapat support sikit-sikit je duit belanja kat adik-adik.. insyaAllah Suzie akan cuba bagi lebih.. Abah dan Ma jangan risau.. start dari sekarang, Suzie akan kumpul duit banyak-banyak untuk bawak Ma dan Abah pergi Haji..sekurang-kurangnya dalam masa 2 tahun akan datang, kalo tak pergi Haji pon kita sempat pergi Umrah sama-sama dulu.. Suzie tanak tunggu Abah dan Ma kumpul duit sikit-sikit dalam tabung haji, lepas tu dah tua baru nak pergi.. Suzie nak sampai orang kata kat ma "Alhamdulillah, sejuk perut ma mengandungkan Suzie.."


Diorang tak cakap direct dengan kita.. tapi dalam hati diorang mesti terdetik semua impian tu kan?



2. To have our own JUNIOR


Orang sekeliling dah banyak jugak bertanya bila nak dapat anak.. kalaulah saya tahu bila tarikhnya senang sikit nak jawab.. tapi rezeki ni datang-Nya dari Allah.. saya percaya akan Qada' dan Qadar.. jadi kepada rakan-rakan yang memahami, jangan persoalkan takdir kepada kami.. tapi sokonglah kami dengan mendoakan kami agar cepat menimang cahayamata.. kami pon seperti orang lain, mempunyai impian yang sama.. :) Tapi takpe, usaha tangga kejayaan kan? huhuh.. :) .. Saya rasa, mungkin amal ibadat saya sebelum ni masih tak cukup, atau masih belum mampu untuk menjadi ibu yang baik.. insyaAllah saya berazam untuk memperbaiki diri pada tahun ni.. moga-moga impian tercapai.. Amin..



3. Hijrah ke Zon Bebas Kewangan


Alhamdulillah.. Allah mempertemukan saya dengan orang-orang yang berjaya lewat tahun lepas.. dengan orang-orang yang sangat berfikiran positif dan lapang dada.. dan kini, kami pon turut sama-sama berkecimpung dalam bidang bisnes part time.. satu hari saya akan cerita dengan lebih lanjut pasal bisnes ni.. rakan-rakan yang dah tahu leh sengih dalam hati jek eh.. :P sebelum ni saya pon macam orang lain.. pandang endah tak endah jek ngan side income.. rasa macam redha jekla dengan kehidupan sekarang.. memang niat nak carik duit lebih tapi tatau nak start macam mana.. :) Alhamdulillah, peluang dah ada depan mata dan dibukakan pintu hati saya untuk membuat tindakan.. Kata orang, untuk berjaya, kita kena rapat dengan orang-orang yang berjaya.. itulah yang sedang kami usahakan, supaya dapat capai kejayaan sama dengan mereka.. yang penting, saya nak pindah dari zon hutang-hutang guna kad kredit, tak cukup duit kepada zon bebas kewangan.. :) InsyaAllah..



4. Pastikan sekurang-kurangnya ada 1 cop dalam passport


Me dan asben sangat suka melancong.. tapi setakat ni kami deting-deting kat dalam Malaysia jekla.. konon nak menyahut seruan kerajaan Tahun Melawat Malaysia lah asalnya.. huhuh.. padahal sebenarnya nak kaberline tak cukup bajet sangat..huhuh.. so taon nih nak berangan harap-harap dapatla peluang melancong kat obersea at least sekali dulu tahun nih.. :) kalo dapat melancong free lagik besh... GANBATE NEH!!



Tak lupa..saya harap tahun nih saya dapat update blog lebih kerap dari tahun lepas..hahaaha...



Semoga impian kita tahun ni tercapai... Amin.. :)
Chaiyok... Chaiyok..
Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...