Klik Klik..

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011!

16 Mei 2011..
Memang sinonim tarikh ni dengan cikgu sebab satu dunia akan celebrate hari guru.. Aku pon amek cuti hari ni walaupun aku bukan seorang cekgu..ahaks..

Tapi hari ni mmg seronok bagi cekgu.. Especially cekgu2 peberet kt sekolah..confirm bertimbun hadiah budak2 bagi.. Mcm2 ragam..kadang2 mmg budak sukarela nk bg hadiah.. Ada jugak cekgu yg mmg dah pesan setiap pelajar mesti wajib bawak hadiah ..sabor jekla yang tu..Aku ingat lagik pasal bagi2 hadiah ni. Masa sekolah rendah dulu, ada skalik tu siap cilok pasu kecik Sarawak mak aku semata2 nak bagi hadiah kt cekgu.. Egege..ampun ma..

Apapun, aku nak amek kesempatan ni nak ucapkan selamat hari guru pada semua cekgu2 n pensyarah2 yang telah mengajar aku sejak tadika sampailah ke unibersiti sehingga menjadi seorang insan yang berguna.eces.. Aku banyak tukar2 sekolah gak..maklumlah anak polis..

Start dari Tadika Kepayan, Sabah. Takleh lupa dpt nombor dua dlm kelas sbb salah satu jek tulis nombor 2 terbalik dlm exam.ihiks. Then SK Kepayan, Sabah smpi darjah 2. Masa ni siok sbb sekolah bg kasut n baju sekolah skirt pree..Ingat lagi cekgu kelas masa tu ada anak yg sgt ensem dan ter'cinta monyet' la ngan budak tu. Rasa mcm direstui sbb cekgu tu jemput aku sorg pi rumah selebret besday anak dia..hua3.

Naik darjah 3-6 aku pindah sekolah SK Karak, Pahang. First day gi sekolah nangis sebab masa tu rambut semula jadi keperangan dan pakai skirt dan panggilan Suzie, lalu budak2 ni saspek aku budak Kristian.. Damshh.. Terus tukar pakai baju kurung sekolah pastu. Paling suka cekgu Mat yg ajar aku Math sbb cara dia mengajar mmg smpi buat aku terer math n pengiraan n addicted ngan number. Alhamdulillah, berkat ajaran cekgu gue berjaya pegang title no. 1 dlm kelas 3 tahun berturut2 n jadik ketua pengawas pompuan..ihiks, masa tu dah start kejipangan sket.

Bila form 1-3, aku masuk sekolah asrama SMK Bentong, Pahang (aliran agama). Masa tu pasrah jela sbb target masuk MRSM tp x dpt. Cekgu2 kt sini pon sgt best. Paling xleh lupa cekgu kontrobesi cekgu Sunita. Jadik warden asrama kitorg..mmg byk kes pahit ngan dia..kes kantoikan kitorg kt asrama, pastu kes dia kena histeria..huhuhu..kat sekolah ni aku amek subjek Bahasa Arab.. Alhamdulillah, berkat ajaran cekgu2, aku salah sorg dari 3 pelajar yg pecah rekod PMR dpt 9A masa tu..

Result PMR yg ok menyebabkan aku dpt masuk SBP masa form 4.. Aku dpt masuk SMAP Kajang. Sekolah aliran agama lagik. Masa ni mmg nangis giler2 mula2 sbb x kesampaian hajat nak masuk MRSM. Masa tu pasrah je, sbb diorg kata kalo dh dpt SBP, mmg xkan dpt offer MRSM..tapi offer MRSM smpi lambat 2 bulan. Aku malas nak meyusahkan parents so aku proceed je dekat SMAPK.. Masuk aliran agama tulen lagik you..hahah.. Tapi alhamdulillah, banyak hikmahnya.. Sbb masuk sekolah ni buat aku jadi budak yg consider baik jugakla sedikit dan dpt mendalami ilmu agama dgn lebih mendalam. Eces.. :p takleh lupa Ustaz Nazri yg mengajar aku b.Arab tinggi sbb dia denda budak pompuan satu kelas berdiri atas kerusi disebabkan aku tertido dlm kelas dia.muhahaa..ampon ustaz. Alhamdulillah, aku berjaya dpt result cemerlang gak SPM dpt pangkat 1, agg 6..

Kalo nak dihitung mmg banyak memori2 pahit manis ngan cekgu2 sekolah.. Terima kasih banyak cekgu. Tanpa usaha kalian, siapalah saya pada hari ini. Sesiapa yg bergelar cekgu semoga terus sukses dan dapat melahirkan anak murid yang berguna di masa hadapan. Yosh!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Newer Post Older Post Home
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...